suria

Wayne Rooney Jaguh Buat Man United Tewaskan Sunderland

Wayne Rooney (kanan) meraikan kemenangan Manchester United menerusi dua jaringannya ketika menentang Sunderland pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester awal pagi Ahad. Foto EPA

WAYNE Rooney menjadi jaguh buat Manchester United apabila memberi kemenangan kepada pasukan itu menerusi dua jaringannya ketika bertemu dengan Sunderland dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Manchester awal pagi Ahad.

Kemenangan 2-0 itu membuatkan Manchster United dapat menduduki tempat ketiga sekali gus menjadikan Arsenal ketinggalan di belakang.

Babak pertama perlawanan berlangsung tanpa sebarang jaringan biarpun daripada tuan rumah tetapi Rooney berupaya menjaringkan gol pertama hasil tendangan penalti pada minit ke-66 selepas Radamel Falcao dijatuhkan John O'Shea.

Pada minit ke-88, Rooney terus mempamerkan aksi cemerlangnya apabila memberikan tandukan membolosi gawang Sunderland.

Manchester United kini berada di kedudukan ketiga dalam Liga Perdana Inggeris, di belakang Chelsea dan Manchester City.

Manchester United, Wayne Rooney

Artikel Berikut

Artikel Lain