suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Benam Man City di Anfield

Pemain Liverpool, Jordan Henderson (kiri) cuba menyepak bola daripada kaki pemain Manchester City Yaya Toure (kanan) ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool menentang Man City di Anfield pada Ahad. - Foto EPA>
LIVERPOOL: Pasukan The Reds, Liverpool terus garang membenam penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City 2 - 1 di Anfield pada malam Ahad. 

Hadir dengan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan liga, Liverpool bermula baik dengan menjaringkan gol seawal minit ke-11 menerusi Jordan Henderson yang melepaskan rembatan lencong menewaskan Joe Hart.

Begitupun, pasukan pelawat, Man City tidak mudah melatah apabila menyamakan kedudukan menerusi Edin Dzeko pada minit ke-25 dan perlawanan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Beraksi dalam keadaan hujan, Hart sekali lagi dihukum menerusi sepakan lencong Philippe Coutinho pada minit ke-75 dan sekalipun lebih menguasai permainan, tiada jaringan mampu diledakkan City.

Untuk rekod, Man City tidak pernah menang di Anfield sejak 12 tahun lalu.

Kemenangan membawa Liverpool ke tangga kelima liga dengan Man City kekal di tangga kedua.

Liverpool, Manchester City, EPL

Artikel Berikut

Artikel Lain