suria

Kekalahan Bukan Salah Pengurus Sahaja - Van Gaal

LOUIS VAN GAAL menepis kritikan selepas Manchester United kalah 1-2 kepada Swansea dengan menyifatkan prestasi hambar skuad tersebut bukan kesalahan dirinya sahaja tetapi juga para pemain Manchester United.

Jurulatih kelahiran Belanda itu mula dikritik apabila dilhat sukar untuk mempertahankan kedudukan keempat dalam Liga Perdana Inggeris selepas tewas mudah kepada Swansea.

Selain Van Gaal, peminat dan media turut mengkritik aksi pemain bernilai £59.7 juta iaitu Angel Di Maria yang tidak memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

"Kekalahan itu bukan kesalahan pengurus sahaja, tetapi pemain yang tidak beraksi dengan baik.

"Malah saya fikir ia bukan setakat melibatkan Di Maria sahaja tetapi pemain lain juga.

"Tetapi sekarang pemain telah diberi tugasan penting dan tusyen. Di Maria juga sedang melalui proses tersebut untuk menjadi lebih baik," katanya.

Manchester United

Artikel Lain