suria

Liga Juara-Juara: Arsenal Tewas Mengejut Kepada Monaco

LONDON: Penyerang veteran Monaco membuktikan dirinya masih memiliki sentuhan berbisa apabila membantu pasukannya mencatatkan kemenangan bersar ke atas Arsenal 3 -1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates pada awal pagi Khamis. 

Keputusan tersebut sekaligus mencerahkan peluang kelab Itali itu untuk mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam tempoh 11 tahun. 

Kekalahan mengejut Arsenal itu di tangan kelab kurang ternama terus menambah derita  anak buah Arsene Wenger yang dilihat masih belum menemui rentak sebenar keupayaan mereka pada musim kali ini.  

"Tiada sesiapa yang fikir keputusan ini akan berlaku tapi kami berjaya melakukannya," kata jurulatih Monaco, Leonardo Jardim.

Monaco langsung tidak berupaya menjaringkan gol dalam babak pertama perlawanan sebelum ini tetapi mengejutkan penyokong tuan rumah apabila pasukan pelawat mendahului 1-0 pada minit ke-38.

Geoffrey Kondogbia menghukum penjaga gol, David Ospina dengan rembatan yang mengelirukan.

Selepas itu, Monaco menambah derita Arsenal lapan minit selepas wisel babak kedua bermula, dengan serangan balas menerusi Berbatov menghasilkan gol kedua pada minit ke-53.

Alex Oxlade-Chamberlain kemudiannya merapatkan jurang hasil rembatan cantik pada minit terakhir perlawanan bagi memberi sedikit kelegaan sebelum beraksi pada peringkat kedua 17 Mac nanti.

Namun Monaco tidak berdiam diri apabila bermain habis-habisan dan akhirnya Yannick Ferreira-Carrasco menjaringkan gol ketiga kelab itu.

"Gol kedua dan ketiga, kami seperti bunuh diri. Kami seperti hilang keberanian dan kerasionalan di atas padang," kata Wenger.

Sementara itu, pada satu lagi perlawanan, Bayer Leverkusen menang 1-0 ke atas Atletico Madrid yang bermain dengan 10 orang di Jerman. - AP

Monaco, Arsenal, Liga Juara-Juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain