suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1: Alonso Dibenar Keluar Dari Hospital

FERNANDO Alonso dibenarkan keluar dari hospital setelah tiga hari menjalani rawatan berikutan kemalangan di Litar Catalunya Ahad lalu.

Pelumba Sepanyol itu berada di hospital bagi memastikan tiada kecederaan serius dialaminya selepas jentera McLaren melanggar dinding penghadang di Turn 3 pada sesi akhir ujian pra musim.

Pengurus Alonso, Luis Garcia berkata pelumba itu tidak menunjukkan sebarang kecederaan serius.

Jelasnya, walaupun video kemalangan serta helikopter yang membawanya ke hospital kelihatan seperti serius, sebenarnya ia adalah teori konspirasi sahaja.

Dalam pada itu pasukan McLaren mengesahkan Alonso sudah keluar dari hospital.

"Dia kini berehat di rumah keluarganya di Sepanyol dan tidak akan menjalani latihan minggu ini.

"Pelumba simpanan Kevin Magnussen akan menggantikan tempatnya untuk bersama Jensen Button.

"Jensen akan menguji jentera McLaren-Honda pada Khamis," jelas kenyataan tersebut.

Fernando Alonso, McLaren, F1

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain