suria

Pemain Atletico Madrid Harap Simone Contohi Alex Ferguson

Diego Simeone. Foto EPA

PEMAIN Atletico Madrid, Tiago Mendes mengakui beliau menyenangi terdapat penyambungan kontrak baharu buat pengurusnya, Diego Simeone. 

Pemain kelahiran Portugal itu berharap Simeone yang turut dikenali sebagai Cholo itu akan menjadi seperti bekas pengurus Manchster United, Sir Alex Ferguson yang menguruskan pasukannya begitu lama.

Tiago percaya bahawa Atletico Madrid akan memberikan penawaran kontrak jangka panjang kepada Simeone. 

Walaupun pemain berusia 33 tahun itu hanya mendengar perkhabaran itu daripada pihak media.

Tiago berharap Simeone akan menjadi pengurus Atletico Madrid lebih lama lagi daripada apa yang dinyatakan di dalam kontrak baharu tersebut.

Bekas pemain Chelsea itu berharap Cholo dapat menjadikan contoh Alex Ferguson di Manchester United yang mengendalikan satu pasukan selama 27 tahun sehingga persaraannya.

"Kami mendengar tentang pembaharuan kontrak (Simeone) daripada media. Kami amat menyenangi perkhabaran itu. Saya fikir mereka sedang berunding mengenai kontrak beliau selama lima tahun. Namun, apa yang kami inginkan adalah 10 tahun. Para pemain dan penyokong amat menyenangi dia," kata Tiago kepada AS.

"Saya sangat berharap (Simeone dapat mencontohi Sir Alex Ferguson). Walaupun (keputusan) bergantung kepada pengurus dan kelab, tetapi kami tidak boleh membiarkan hal ini daripada perhatian kami. Perkara ini merupakan saat-saat yang sangat penting pada musim ini."

Artikel Berikut

Artikel Lain