suria

F1: Alonso Pulih, Angin Kuat Punca Kemalangan Di Litar Catalunya

MCLAREN Honda mengumumkan pemandu Formula Satu (F1) Fernando Alonso sudah pulih sepenuhnya dan menjelaskan punca sebenar insiden yang berlaku di Sepanyol pada Ahad.

Pemandu kelahiran Sepanyol itu dikejarkan ke hospital selepas insiden melanggar dinding penghadang jalan ketika aksi para musim di Litar Catalunya.

"Alonso kini dalam proses pemulihan sepenuhnya di hospital dan boleh berinteraksi dengan keluarga, kawan-kawan dan kakitangan hospital," jelas satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan McLaren.

Dalam pada itu McLaren mendedahkan analisis, data penuh kerosakan jentera yang berlaku disebabkan oleh angin kencang di di beberapa bahagian litar pada masa itu yang turut memberi kesan kepada pemandu.

"Kami boleh mengatakan bahawa tidak ada bukti yang menyebabkan kemalangan itu berpunca daripada masalah jentera," jelas kenyataan tersebut.

Data jentera tidak ada kerosakan pada tekanan aerodinamik atau ERS (energy recovery system) sebelum atau selepas insiden.

Fernando Alonso, McLaren

Artikel Sebelum

Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain