suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Southampton Lebih Baik Daripada Liverpool

PENGENDALI Southampton, Ronald Koeman menyifatkan anak didiknya bermain dengan lebih baik berbanding Liverpool dan kekalahan hanya berpunca daripada pengadil.

Dalam perlawanan itu, Liverpool berjaya menewaskan Southampton 2-0 hasil jaringan Raheem Sterling dan Philippe Coutinho.

"Kami tahu, dalam bola sepak kemenangan diukur oleh jaringan gol.

"Tetapi saya fikir kami bermain lebih baik berbanding Liverpool, kami lebih banyak mengawal bola dan mempunyai banyak peluang.

"Malangnya kami tidak bertuah. Ia juga berpunca daripada keputusan pengadil.

"Terdapat satu situasi, kami sepatutnya mendapat penalti, tetapi ia tidak berlaku. Saya kecewa dengan keputusan tetapi bukan persembahan pemain," jelasnya.

Southampton, Liverpool

Artikel Sebelum

Nigel De Jong Sertai Man United?

Artikel Berikut

Artikel Lain