suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Akan Rampas Kedudukan Man United

LIVERPOOL memberi amaran bahawa pasukan itu akan mendaki ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris untuk merampas kedudukan yang dihuni Manchester United ketika ini.

Amaran itu diberikan pengendali Liverpool, Brendan Rodgers selepas anak didiknya berjaya menewaskan Southampton 2-0 pada Ahad.

Dalam perlawanan itu, jaringan Philippe Coutinho dan Raheem Sterling berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah Liverpool dalam 10 perlawanan.

Liverpool kini menghuni tangga keenam liga dan ketinggalan dua mata dibelakang United yang mempunyai 47 mata di kedudukan keempat.

"Selepas kesibukan saingan eropah, kami mendapat dua jaringan terbaik untuk menang. Ia merupakan satu keputusan yang cemerlang bagi kami.

"Kini kami ketinggalan dua mata di belakang United, kami akan mengambil tempat itu," jelas Rodgers.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A

Artikel Lain