suria

Rosberg Teruja Bakal Bergelar Bapa Ogos Ini

Rosberg bersama isterinya, Vivian.

PELUMBA Mercedes, Nico Rosberg berkongsi berita gembira apabila dia bakal bergelar seorang bapa tidak lama lagi.

Isterinya, Vivian dijangka akan melahirkan bayi perempuan pada Ogos ini.

Jaguh Formula Satu kelahiran Jerman ini menamatkan kedudukan kedua keseluruhan musim lalu, di belakang rakan sepasukannya, Lewis Hamilton mengakui teruja menerima berita gembira ini.

"Masa yang di tunggu-tunggu untuk keluarga kecil kami," jelas pelumba Jerman berusia 29 tahun ini.

"Vivian sedang hamil dan jika semuanya berjalan lancar, kami bakal menerima kehadiran bayi perempuan Ogos ini".

Rosberg merupakan anak kepada juara dunia 1982 Keke, berkongsi berita ini ketika menjalani hari pertama ujian pra musim di Barcelona Jumaat.

Rosberg dan Vivian merupakan kawan sejak kecil lagi dan berkahwin tahun lalu.

Nico Rosberg, Mercedes

Artikel Berikut

Artikel Lain