suria

Man United Sasar Dapatkan Kyle Walker

Kyle Walker (kanan) menjadi sasaran United pada jendela pemindahan Julai.

MANCHESTER UNITED dilapor menjadikan pemain Tottenham, Kyle Walker sebagai pertahanan berpotensi untuk dibeli pada pertengahan tahun ini.

Pemain berusia 24 tahun itu masih mempunyai baki kontrak selama empat tahun dan baru kembali bersama skuad utama selepas direhatkan selama sembilan bulan akibat kecederaan.

Biarpun baru pulih daripada kecederaan namun Walker mampu beraksi cemerlang sehingga dipanggil untuk mewakili England - ia telah menarik minat United yang sedang memerhatinya.

Selain itu, United turut menyenarai pertahanan lain Nathaniel Clyne dari Southampton,  Seamus Coleman (Everton) dan Dani Alves dari Barcelona untuk memantapkan skuad tersebut.

Pengendali United, Louis van Gaal dilapor akan menambah pemain di posisi pertahanan kanan, pertahanan tengah, pemain sayap dan penyerang bagi memantapkan skuad tersebut untuk musim depan.


Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain