suria

Hantaran Suarez Pikat Penyokong Barcelona

Luis Suarez dihalang pemain pertahanan Villarreal Mateo Musacchio ketika cuba mengatur strategi untuk Barcelona.

BARCELONA: Walaupun belum dapat membolosi gawang lawan pada setiap perlawanan, sekurang-kurangnya Luiz Suarez menyumbang dengan hantaran dan kreativitinya mengatur strategi untuk menghasilkan gol buat Barcelona.

Kelicikannya membuatkan nama penyerang Uruguay ini menjadi sebutan penyokong, malah dilaungkan apabila Suarez mencipta gol yang membawa kepada jaringan sulung Lionel Messi ketika menentang Villarreal.

Pada minit ke-41, Suarez merampas bola sebelum meluru memasuki kawasan lawan dan melakukan hantaran tepat ke kaki Messi yang merembat melepasi jangkauan penjaga gol Sergio Asenjo.

Sumbangan Suarez walaupun tanpa menjaringkan gol membolehkan Barcelona terus gah dan memenangi saingan3-1 pada separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol pada awal pagi Khamis.

Andres Iniesta kembali meletakkan Barca di depan seminit kemudian sebelum pemain kebangsaan Sepanyol, Gerard Pique menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-64 menerusi tandukan hasil sepakan sudut Messi.

Kemenangan ke-10 berturut-turut Barcelona meletakkan mereka dalam posisi terbaik mara ke final Mei ini selepas perlawanan timbal balik di Madrigal tiga minggu lagi.

Mereka bertemu sama ada Athletic Bilbao yang memenangi piala itu 23 kali berbanding Barca, 26, atau juara 2006, Espanyol, kedua-duanya seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Stadium San Mames.


Suarez, Barcelona, Villarreal, Messi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ejekan Penyokong Risaukan Van Gaal

Artikel Lain