suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man City Pecat Pellegrini Akhir Musim?

MANCHESTER CITY memberi bayangan akan memecat Manuel Pellegrini pada hujung musim ini berikutan prestasi tidak menentu pasukan berkenaan walaupun bergelar juara Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Media Sepanyol melaporkan, bayangan itu jelas apabila City didakwa telah mendapatkan persetujuan  daripada pengganti Pellegrini.

Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone merupakan sasaran utama City bagi menggantikan Pellegrini.

Malah, Simeone juga dilaporkan semakin hampir untuk disahkan sebagai pengganti Pellegrini.

Simeone menjadi perhatian kelab terkemuka dunia selepas berjaya membawa Atletico sebagai sebuah pasukan digeruni dalam saingan La Liga.

Skuad itu turut berjaya memberi tekanan kepada Real Madrid dan Barcelona untuk mengungguli takhta liga pada musim lalu. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain