suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyerang Bermasalah Akhiri Kemarau Gol

PENYERANG bermasalah, Mario Balotelli akhirnya berjaya mengakhiri kemarau gol ketika membantu Liverpool menewaskan Tottenham Hostspurs 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Balotelli yang tidak disenaraikan lagi dalam kesebelasan utama skuad Brendan Rodgers menjaringkan gol ketiga untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik The Reds.

Penyerang Itali yang dibeli Liverpool dengan nilai £16 juta itu dimasukkan pada minit ke-74 ketika Liverpool terikat 2-2.

Bagaimanapun ketika mendapat lorongan dari Adam Lallana, dia berjaya menyudahkan umpanan tersebut untuk memastikan Anfield kembali bergema.

Balotelli yang gagal menghasilkan gol untuk Liverpool sebelum ini disisihkan Rodgers sebaik sahaja Daniel Sturridge pulih daripada kecederaan.

Dengan jaringan yang tidak dirai itu, Balotelli dijangka akan diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama.


Liverpool, Mario Balotelli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain