suria

Andy Murray-Kim Sears Kahwin April Ini

Murray dan tunangnya Kim Sears akan melangsungkan perkahwinan mereka di Scotland, 11 April ini.

> Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan Nov lalu

> Mereka membuat persiapan untuk berkahwin di hotel lima bintang milik Murray

> Naib Juara Terbuka Australia itu beli Hotel Cromlix di Scotland pada harga £1.8 juta

NAIB juara Terbuka Australia, Andy Murray akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Kim Sears di sebuah hotel lima bintang yang dimilikinya di Scotland, 11 April ini.

Akhbar The Daily Mail melaporkan, hotel tersebut, Hotel Cromlix terletak berdekatan dengan bandar Dunblane.

Bekas juara Wimbledon itu membeli hotel berkenaan pada tahun 2013, pada harga £1.8 juta dan baru sahaja dibuka kembali tahun lepas selepas menjalani proses pengubahsuaian semula.

Saudara lelaki Murray, Jamie turut melangsungkan perkahwinannya di hotel yang sama pada 2010.

Dalam final pembuka tirai kejohanan Grand Slam itu, pemain tenis nombor satu British itu telah ditewaskan dalam empat set oleh pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.

Ia adalah final Grand Slam Murray yang pertama sejak menjuarai Wimbledon pada 2013.

Sears mencuri perhatian media dan ramai apabila dia dirakamkan menerusi video melaungkan kata-kata makian ke atas Tomas Berdych ketika perlawanan separuh akhir dan kemudian sekali lagi mencuri perhatian apabila bersikap sarkastik pada perlawanan akhir dengan memakai kemeja yang tertera kata-kata menyindir ke atas fokus yang telah diberikan ke atasnya oleh media sebelum ini.

Murray dan Sears telah mengikat tali pertunangan November lalu selepas mengenali satu sama lain selama sembila tahun.

Hotel yang bakal menjadi hos kepada resepsi perkahwinan mereka nanti telah dinamakan sebagai hotel terbaik Scotland 2014.

Hotel tersebut yang lebih bersifat sebuah rumah agam hanya memiliki 10 buah bilik dengan lima bilik suites.

Artikel Sebelum

Artikel Lain