suria

Messi Dan Mourinho Boleh Bekerjasama Satu Pasukan - Di Maria

Di Maria (kanan) bersama Messi ketika menjalani latihan skuad kebangsaan Argentina November lalu.

BINTANG Manchester United, Angel Di Maria yakin Lionel Messi dan Jose Mourinho boleh bekerjasama dalam satu pasukan.

Khabar angin mengenai Messi akan meninggalkan Barcelona berterusan selepas dilaporkan timbul perselisihan faham dengan pengurus Luis Enrique.

Walaupun dikaitkan rapat dengan Chelsea berbanding kelab lain,  Di Maria turut menjangkakan pemain berusia 27 tahun akan kekal di ibu kota Catalonian.

Bekas pemain sayap Real Madrid yang pernah berada di bawah pengurusan Mourinho di Santiago Bernabeu sebelum ini yakin rakan senegaranya itu dapat menyesuaikan diri sekiranya berpindah dari Nou Camp ke Stamford Bridge.

"Secara kasarnya, saya dapat rasakan Leo tidak mahu meninggalkan Barcelona. Amat sukar untuk meninggalkan kelab yang telah memberi segalanya dan menjadikan kamu dewasa.

"Namun saya juga yakin dia tidak ada sebarang masalah bekerja dengan Mourinho," jelas Di Maria.

Artikel Sebelum

Artikel Lain