suria

Pearson Masih Pengurus Leicester Selepas Insiden Cekik McArthur

NIGEL Pearson masih kekal sebagai pengurus Leicester selepas menimbulkan kontroversi mencekik pemain Crystal Palace, Jemas McArthur pada aksi Ahad lalu.

Pihak kelab berdiam diri beberapa jam insiden itu berlaku, namun mereka tampil memberi kenyaataan bahawa kontrak pengendali itu masih sah sehingga kini.

Pada aksi Liga Perdana itu menyaksikan Leiscester tewas 1-0 di laman sendiri.

Pihak media sebelum ini melaporkan Pearson dipecat gara-gara insiden tersebut, namun sebaliknya berlaku.

Posisinya selaku bos skuad Leichester itu terancam selepas dia menarik McAthur yang terjatuh di garisan tepi padang dan terkena Pearson sebelum dia kelihatan memegang leher pemain itu. Dalam masa tersebut pemain itu menjerit 'lepaskan saya'.

Pearson dan McAthur sebelum ini mempunyai sejarah tersendiri apabila Leicester bersetuju membeli pemain tersebut dari Wigan namun dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Saya tidak ada masalah dengan pemain itu. Dia disukai ramai. Cuma saya kecewa dengan apa yang terjadi (pemindahan) tidak berjalan lancar.

"Namun kelab lain (Wigan) yang perlu bertanggung jawab dengan apa yang berlaku ini. Malah pengurus Wigan (Uwe Rosler) yang membuka 'perangkap' ini perlu menutup mulutnya," jelasnya selepas insiden itu berlaku.

Sebelum ini Pearson turut menjadi bualan awal musim ini apabila bertengkar dengan penyokong-penyokong pasukan ini.

Pada Disember lalu dia mencarut  kepada penyokongnya ("**** off and die) ketika aksi tewas 3-0 kepada Liverpool.

Pearson,51, dikatakan mempunyak alasan sendiri dan enggan memohon maaf di atas kelakuannya itu.

Artikel Berikut

Keputusan La Liga

Artikel Lain