suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Gol Jaringan Kane Bantu Spurs Benam Arsenal

LONDON: Dua gol jaringan Harry Kane membantu Tottenhsam Hotspurs meraih kemenangan bergaya 2-1 ke atas musuh tradisi mereka Arsenaal dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium White Hart Lane, malam Sabtu.

Terdahulu, Mesut Ozil meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-11 apabila menewaskan penjaga gol, Hugo Lloris selepas menerima umpanan pantas daripada Olivier Giroud dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang menarik.

Kane menyamakan kedudukan pada minit ke-56 daripada rembatan jarak dekat selepas menyambung masuk tandukan terdahulu daripada Mousa Demeble.

Empat minit sebelum tamat permainan, penyerang itu melonjak dan menanduk masuk gol kemenangan melepasi jangkauan penjaga gol, David Ospina hasil umpanan baik daripada Nabil Bentaleb.

Kemenangan ini membantu Tottenham memintas Arsenal ke tangga keempat dalam carta liga.

Artikel Berikut

Keputusan Liga Super

Artikel Lain