suria

Penganjuran Liga Super Asean Dapat 'Lampu Hijau'

Pre­siden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) menyaksikan majlis pertukaran dengan Azzuddin Ahmad dengan Pengerusi NADI Cergas, Datuk Seri Subahan Kamal (tiga kanan) bagi pembinaan ibu pejabat AFF pada upacara pecah tanah ibu pejabat itu di Presint 5, Putrajaya pada Khamis.

PUTRAJAYA: Penganjuran Liga Super ASEAN (ASL) hampir menjadi kenyataan berikutan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)  telah mengeluarkan garis panduan penganjuran liga serantau itu.

Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Datuk Azzuddin Ahmad berkata selain itu 75 peratus persatuan bola sepak negara anggota telah menyatakan persetujuan menyertai liga berkenaan, dengan kemungkinan menghantar sekurang-kurangnya satu pasukan.

"Kita memaklumkan bahawa ia adalah untuk pembangunan bola sepak di rantau ASEAN kerana kita agak ketinggalan, FIFA seperti telah membuka mata kepada cadangan kita pada September 2013.

"Saya difahamkan pihak FIFA telah pun menyediakan garis panduan dan mengedarkannya kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk dijadikan panduan penganjuran liga serantau," katanya.  

Azzuddin berkata satu perjumpaan dengan jawatankuasa ad-hoc dan TengkuAbdullah selaku penasihat akan diadakan untuk melihat serta meneliti dokumen garis panduan penganjuran liga itu.

Dalam pada itu, katanya berdasarkan perbincangan awal, cadangan penyertaan minimum sebanyak lapan pasukan namun perkara itu akan dibincangkan selepas persetujuan dicapai.

"Saya rasa lebih daripada lapan, apabila tiba masanya. Bila kita dah hantar perjanjian dan sebagainya, baru kita tahu berapa pasukan yang akan ambil bahagian," katanya.

Selain Piala Suzuki AFF, kejohanan bola sepak di peringkat Asia Tenggara bakal dimeriahkan dengan penganjuran ASL yang dicadangan pada tahun ini dengan penyertaan pasukan berstatus kelab.

Cadangan Liga ASL itu diputuskan pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (AMM) ke-44 di Bali, Indonesia pada 2011.

Bagaimanapun, cadangan itu dikatakan tidak mendapat sambutan daripada10-anggota gabungan ASEAN.

Mengikut perancangan, setiap negara boleh menghantar maksimum dua pasukandan liga ini akan berjalan selama lapan bulan.

Jika semua negara anggota ASEAN bersetuju menghantar dua pasukan, bermaknaada 22 pasukan (termasuk Timor Leste selaku negara pemerhati) yang akan mengambil bahagian tetapi jumlah penyertaan sebenar bergantung kepada kesediaan setiap negara.

Sama ada mereka mahu membentuk pasukan baharu atau mengambil kelab daripadaliga sedia ada, perkara itu terserah kepada persatuan bola sepak negara masing-masing tetapi mereka tidak boleh bertanding dalam liga tempatan jika bersetuju menyertai ASL.

Liga Super Asean, ASL

Artikel Sebelum

Mat Yo Senjata Utama ATM - Hai-O

Artikel Lain