suria

LA Galaxy Dah Mula Jual Jersi Steven Gerrard

Jersi baru Steven Gerrard bersama kelab LA Galaxy yang akan menggunakan No.8 kini sudah dibuka untuk jualan.

> Kapten Liverpool itu akan sertai juara MSL musim depan

> Dia akan memakai jersi No.8 sepertimana di Liverpool

> Akan mewakili LA Galaxy menentang San Jose Earthquakes dalam perlawanan pertama

STEVEN Gerrard yang akan berhijrah ke kelab baru iaitu juara Amerika Utara, LA Galaxy akan memakai jersi NO.8 iaitu nombor kegemarannya, demikian diumumkan oleh kelab barunya itu pada Jumaat.

Kapten Liverpool itu telah menggunakan No.8 sejak 10 tahun lalu.

Sebelum itu dia memakai jersi No. 17.

Serentak dengan pengumuman itu, LA Galaxy turut membuka jualan jersi tersebut kepada para peminat mereka.

Jersi baru itu nanti akan dijual pada harga runcit £134 (AS$204.99) sehelai untuk lengan panjang dan £114 (AS$174.99) untuk berlengan pendek.Gerrard dijangka memakai jersi tersebut buat pertama kalinya dalam perlawanan menentang San Jose Earthquakes pada 17 Julai depan.

Kontrak Gerrard bersama Liverpool yang akan tamat pada penghujung musim ini tidak disambung semula oleh bekas juara Eropah itu. 

Dia telah menandatangani kontrak bersama LA Galaxy selama tiga tahun.

Gerrard kini bakal mengikuti jejak langkah David Beckham yang bermain selama lima tahun untuk kelab Amerika itu dan menjulang dua kejuaraan Amerika. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain