suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United 'Buang' Pemain Tewas Kepada MK Dons 4-0

MK DONS 4-0 Manchester United - keputusan memalukan itu menjadi sejarah hitam bagi kelab gergasi berkenaan, khususnya Louis Van Gaal.

Berikutan kekalahan itu, United yang merupakan sebuah kelab terkemuka dan dipimpin jurulatih terkenal telah diejek peminat bola sepak dunia.

Ramai juga menganggap United tidak melakukan sebarang tindakan drastik akibat kekalahan berkenaan, sebaliknya hanya berusaha untuk kembali mencatat kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun sehingga jendela perpindahan pemain pada Januari melabuhkan tirai, sebahagian besar pemain yang terlibat dalam kekalahan 4-0 kepada MK Dons telah meninggalkan kelab itu.

Terbaharu, Wilfried Zaha dan Janko, masing-masing meninggalkan United untuk ke Crystal Palace dan Bolton.

Senarai pemain yang digugurkan.

Selepas lima bulan kekalahan memalukan itu berlaku, pemain yang terselamat daripada 'dibuang' Van Gaal ialah David de Gea, Jonny Evans, Reece James and Nick Powell.

Manakala selebihnya, iaitu Michael Keane ke Burnley, Marnick Vermijl (Sheffield), Javier Hernandez dan  Shinji Kagawa masing-masing memilih Real Madrid and Borussia Dortmund.

Danny Welbeck pula kini mewakili Arsenal dan Anderson dilapor sedang bersiap sedia untuk berhijrah ke Inter Milan.


Manchester United, MK Dons

Artikel Sebelum

Artikel Lain