suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1: Jentera Red Bull Jadi Kuda Belang

PASUKAN F1, Red Bull melakukan kejutan terhadap penampilan jenteranya yang bercorak seperti kuda belang dalam sesi ujian di Litar De Jerez, Sepanyol.

Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner berkata, corak hitam putih yang dikenakan pada jentera itu diilhamkan oleh bekas pemandu mereka iaitu Sebastian Vettel.

Jelasnya, corak yang masih mengekalkan jenama penaja itu diwujudkan bagi mengelirukan lawan yang cuba mengintai bentuk aerodinamik jentera Red Bull kali ini.

Walaupun Vettel yang merupakan juara empat kali itu kini berhijrah ke pasukan Ferrari, namun Horner berkata," Corak helmet Seb agak lucu bagi kami, oleh itu kami fikir lebih baik konsep itu digunakan pada jentera.

'Dietrich (pemilik) suka akan corak itu ketika melihatnya dan dia berpendapat bahawa Red Bull telah melakukan satu perubahan besar terhadap corak jentera kali ini," katanya.

Red Bull, Sebastian Vettel

Artikel Sebelum

Darren Fletcher Sah Milik West Brom

Artikel Berikut

Artikel Lain