suria

Subahan Kamal Menang Tanpa Bertanding Jawatan Presiden MHC

Subahan Kamal.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Subahan Kamal menang tanpa bertanding jawatan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bagi penggal 2015-2018 selepas pencalonan ditutup pada Isnin.

Subahan menggantikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang merupakan Presiden MHC sejak 2008, hingga baginda menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan itu pada tahun lepas.

Subahan, yang juga Presiden Persatuan Hoki Selangor (SHA), pernah menyandang jawatan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2010-2013.

Setiausaha Agung MHC, Datuk Johari Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama, mengesahkan bahawa tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi badan induk hoki negara itu berikutan hanya satu pencalonan sahaja diterima.

Bagaimanapun, katanya, calon boleh menarik diri daripada bertanding sebelum 9 Februari ini.

Jawatan setiausaha dan bendahari akan dilantik oleh presiden. 

Bagi jawatan Timbalan Presiden, penyandang Puan Seri Raja Noora Ashkin Raja Abdullah akan dicabar oleh Naib Presiden Datuk Nur Azmi Ahmad dalam pertandingan satu lawan satu.

Sebanyak 11 pencalonan diterima bagi mengisi enam kekosongan jawatan Naib Presiden, empat untuk lelaki dan dua untuk wanita, katanya.

Tujuh calon lelaki iaitu M.Gobinathan, Datuk Abdul Rahim Md Ariff, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid, Datuk Mohd Aminudin Mohd Amin, Majid Manjit Abdullah, Datuk Radhakrishnan Nair, A. Vijaysankar akan bertanding merebut empat kerusi bagi jawatan itu.

Empat calon bertanding untuk dua kekosongan jawatan Naib Presiden untuk wanita dan mereka ialah Dr S. Shamala, K. Maheswari, Datin Jeniffer William dan S. Nagula.

Mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk sukan hoki itu akan diadakan pada 13 Februari ini melibatkan 32 perwakilan.

PENCALONAN:

Presiden: Datuk Seri Subahan Kamal (Menang Tanpa Bertanding)

Timbalan Presiden (Satu Jawatan)

1. Puan Sri Raja Moora Ashkin Raja Abdullah

2. Datuk Nur Azmi Ahmad

Naib Presiden: (Empat Jawatan Untuk Lelaki)

1. M. Gobinathan

2. Datuk Abd Rahim Md Ariff

3. Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abd Hamid

4. Datuk Mohd Aminudin Mohd Amin

5. Majid Manjit Abdullah

6. Datuk Radhakrishnan Nair

7. A. Vijaysankar

Naib Presiden: (Dua Jawatan Untuk Wanita)

1. Dr S. Shamala

2. K. Maheswari

3. Datin Jeniffer William

4. S. Nagula


-- BERNAMA
Subahan Kamal

Artikel Lain