suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala FA: Kuala Lumpur, PKNS FC Layak Ke Pusingan Pertama

Pemain Kuala Lumpur, Mohamad Lukhman Noor Hakim (tengah) dihalang oleh dua pemain Harimau Muda C pada pertandingan Piala FA 2015 di Pusat Latihan Maybank di Bangi pada Ahad. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pasukan Kuala Lumpur dan PKNS FC mengesahkan tempat dalam pusingan pertama Piala FA 2015 setelah memenangi perlawanan play-off di dua venue pada Ahad.

Di Stadium Maybank Bangi, Kuala Lumpur meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 menewaskan Harimau Muda C setelah kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 sehingga tamat perlawanan masa tambahan.

Terdahulu, skuad Kuala Lumpur tersentak dengan dua jaringan oleh pemain Harimau Muda C, Danial Asyraf Abdullah pada minit ke-45 dan ke-55.
 
Namun, dua pemain import Kuala Lumpur iaitu, Kalle Sone dan Martin Ekoule masing-masing menyamakan kedudukan dengan jaringan pada minit 61 dan 66.

Pada perlawanan masa tambahan, kedua-dua pasukan masih terikat seri 2-2.

Kuala Lumpur dijadualkan bertemu MOF FC pada 27 Februari ini pada perlawanan pusingan pertama.

Sementara itu, PKNS FC turut layak ke pusingan pertama selepas mencatat kemenangan keatas DRB Hicom FC 2-0 dalam satu lagi perlawanan play off di Stadium Proton Tanjung Malim, Perak.

Dua gol itu disumbangkan oleh Mohd Farderin Kadir pada minit 59' dan 63' selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.

PKNS FC akan bertemu Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada 28 Februari ini.

Piala FA 2015

Artikel Sebelum

Artikel Lain