suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TSG Lancar Jersi, Kenalkan Pelumba Khamis Ini

KUALA TERENGGANU: Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) akan melancarkan jersi dan memperkenal pelumba musim 2015 pada Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG Farhan Abdul Wahab berkata majlis itu akan disempurnakan Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus.

"Nilai tajaan pada hari itu dianggarkan lebih RM2 juta dalam bentuk basikal dan alat ganti," katanya.

Beliau berkata seramai 11 pelumba termasuk seorang pelumba import dari Singapura, Goh Choon Huat akan diperkenalkan kepada Ahmad Razif pada majlis itu.

"Kesemua mereka akan berlepas ke Filipina keesokannya untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Le Tour de Filipina dari 2 hingga 4 Februari ini.

"Pelumba sensasi dan berpengalaman Mohd Zamri Salleh akan diberi tanggungjawab mengetuai pasukan TSG dalam kejohanan itu," katanya.

Farhan berkata kejohanan itu merupakan perlumbaan pemanas badan bagi persediaan menghadapi Le Tour de Langkawi pada Mac ini.

Selain Mohd Zamri dan Goh, pelumba lain yang akan ke Filipina ialah Mohd Harrif Saleh, Muhamad Adiq Husainie Othman, Anuar Manan, Mohd Saiful Anuar Aziz, Mohammad Sayufi Mat Senan, Mohd Shahrul Mat Amin, Nor Umardi Rosdi, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Yusrizal Usoff.

TSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain