suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nani Sedia Pulang Ke Man United

PEMAIN pinjaman Manchester United ke Sporting Lisbon, Nani dijangka akan kembali ke Old Trafford pada hujung musim ini selepas mendedahkan bahawa kelab itu masih mahu mengekalkan khidmatnya.

Pemain berusia 28 tahun itu dipinjamkan kepada bekas kelabnya ketika United membawa masuk Marcos Rojo.

Bagaimanapun selepas berjaya meningkatkan prestasi di Sporting Lisbon, pemain Portugal itu mendedahkan telah bersedia untuk pulang ke Liga Perdana Inggeris kerana United masih memerlukan khidmatnya.

"Kelab tahu nilai saya dan saya juga tahu mereka mahu saya terus kekal.

"Saya sendiri yang membuat keputusan untuk meninggalkan United kerana saya tahu jika terus kekal, ia akan menjadi sukar untuk meningkatkan prestasi.

"Saya mahu mereka percayakan akan kebolehan dan kualiti saya serta memberi peluang untuk saya berada di atas padang," jelasnya.

Artikel Lain