suria

Ferrari Dedah Nama Jentera Musim 2015

Jentera F14T yang digunakan pasukan Ferrari musim lalu.

FERRARI mengumumkan jentera baharu Formula Satu (F1) dinamakan sebagai SF15-T.

Nama pesaing musim 2015 ini dipilih oleh ketua bandar Maranello di Itali sebagai tanda penghormatan untuk pasukan (S untuk Scuderia) dan ia menggunakan enjin turbo.

Tahun lalu jentera Ferrari dikenali dengan nama F14T yang dipilih oleh peminat-peminat pasukan ini.

Jentera SF15-T bakal diperkenalkan secara online pada Jumaat ini.

Sebaik sahaja didedahkan, SF15-T bakal diuji bersama pelumba baharu Ferrari  iaitu Sebastian Vettel dan rakan sepasukan di Jerez.

Ferrari, SF15-T

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA

Artikel Berikut

Artikel Lain