suria

Drogba, Penyerang Terbaik Pernah Dibeli Mourinho

JOSE MOURINHO menyifatkan Didier Drogba sebagai penyerang terbaik yang pernah dibelinya walaupun 'kuda tua' itu kini berusia 36 tahun.

Mourinho meluahkan perkara itu kepada Drogba selepas pemain terbabit dipilih untuk menerima anugerah pada malam gala Persatuan Penulis Bola Sepak di London pada Ahad.

Mourinho memberitahu, Drogba yang dibelinya dengan nilai £24 juta pada 2004 masih diperlukan kelab itu sehingga kini meskipun pemain telah berumur.

Menurutnya, Drogba dijangka akan memberikan pelbagai sumbangan kepada Chelsea selepas ini dalam menjalankan tugasnya sebagai penyerang.

Turut mengiringi Drogba untuk menerima anugerah pada majlis berkenaan ialah bekas jurulatih Manchester United, Sir Alex Ferguson serta David beckham.

Mourinho menambah, ketika nama Drogba dicadangkan kepada pemilik Chelsea, dia memberikan alasan bahawa penyerang itu antara pemain terbaik yang bakal memberikan pulangan kepada The Blues.

"Keputusan saya memang tepat kerana dia (Drogba) telah memberikan sumbangan kepada Chelsea untuk meraih beberapa kejuaraan sebelum ini," jelasnya.

Chelsea, Drogba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain