suria

Liverpool Tidak Perlukan Balotelli

BRENDAN RODGERS mendedahkan Mario Balotelli kini berdepan masalah besar untuk mendapatkan semula posisi penyerang utama Liverpool selepas mempamerkan aksi mengecewakan sejak berhijrah dari AC Milan dengan yuran sebanyak £16 juta.

Berikutan itu, Balotelli dijangka akan 'dibekukan' di Anfield sehingga akhir musim ini.

Kelibat pemain Itali itu yang tidak lagi diperlukan Liverpool jelas kelihatan apabila dia tiada di bangku simpanan ketika aksi Piala FA menentang Bolton baru-baru ini.

Rodgers mendedahkan, sebagai jurulatih, dia mahukan seorang penyerang yang agresif, aktif dan kreatif di atas padang.

Bagaimanapun jelasnya, karektor itu tiada pada Balotelli walaupun telah diberikan banyak peluang sebelum ini.

Berikutan itu, Rodgers mengakui bekas pemain Manchester City itu sedang menghadapi kesukaran untuk kembali sebagai pemain utama.

Liverpool, Mario Balotelli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain