suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Liga Inggeris: Penalti Selamatkan Spurs Di Laman Sendiri

ANDROS Townsend tidak mengecewakan peminatnya di laman sendiri, apabila menghadiahkan kemenangan buat Tottenham Hotspur 1-0 ketika menentang Sheffield United dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris di White Hart Lane.

Pemain sayap England itu melegakan ketegangan, 16 minit sebelum tamat perlawanan memberikan kelebihan kepada pasukan di bawah bimbingan Mauricio Pochettino selepas bola terkena tangan Jay McEveley di dalam kotak penalti.

Di awal babak pertama, permainan berlangsung agak perlahan dengan hampir tiada serangan dilakukan.

Spurs hanya mampu mengancam gawang tamunya di minit ke 24, setelah Eric Dier membuat tandukan namun masih mampu di tepis oleh penjaga gol Sheffield, Mark Howard.

Piala Liga Inggeris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Divisyen 1

Artikel Lain