suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicol Mara Ke Suku Akhir TOC Di New York

Nicol David

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David berjaya melepasi halangan pertama dan mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Juara-Juara (TOC) yang berlangsung di New York, pada Selasa.

Pada pusingan pertama di dalam gelanggang kaca di Grand Central Terminal, anak kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu menewaskan pemain Australia, Rachel Grinham 6-11,11-6,11-5 dan 11-7.

Menurut laman web rasmi kejohanan itu, www.tocsquash.com, juara dunia kali kelapan itu akan bertemu pemain dari England, Alison Waters pada perlawanan suku akhir yang akan diadakan lewat Rabu.

Alison berjaya menempah tiket ke suku akhir selepas menewaskan Samantha Teran dari Mexico 6-11,11-6,11-3 dan 11-5.

Artikel Berikut

Artikel Lain