suria

Piala FA Inggeris: West Ham Mara Selepas Menang Sepakan Penalti

Penjaga gol West Ham United, Adrian meraikan kejayaannya menyempurnakan sepakan penalti selepas pasukannya dan Everton terikat 2-2 dalam saingan pusingan ketiga Piala FA Inggeris di Boleyn Ground, Upton Park, pada Selasa. -Foto AFP.

PENJAGA gol West Ham United, Adrian memastikan pasukannya mara ke pusingan keempat Piala FA Inggeris apabila dia berjaya menyempurnakan sepakan penalti kesembilan selepas pasukannya terikat 2- 2 sama dalam perlawanan menentang, Everton di Upton Park pada Selasa. 

Saingan pada separuh masa pertama dilihat seimbang, apabila kedua-dua pasukan cuba mencari gol awal. 

West Ham United terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan pada separuh masa kedua, apabila Carroll berjaya menyempurnakan sepakan  hasil umpanan daripada Robles. 

Sementara itu agak malang untuk pasukan Everton apabila pemain mereka, Aidan McGeady menerima kad kuning kedua sekaligus menyakasikan dia terpaksa meninggalkan padang, lima minit kemudian kerana menjatuhkan Frank Noble. 

Bagaimanapun, pemain penyerang Everton, Kevin Mirallas berjaya menyamakan kedudukan pada akhir babak kedua, apabila menyempurnakan sepakan sudut percuma pada minit ke-82. 

Perlawanan kemudiannya berlanjutan hingga ke masa tambahan dan penentuan sepakan penalti, menyaksikan Adrina memastikan kemenangan bagi pasukannya selepas pasukan lawan, Everton gagal menyempurnakan sepakan penalti terakhir yang hanya mencecah tiang gol. 

West Ham United menang 9 -8   dalam penentuan sepakan penalti dengan Everton. 


Everton, West Ham United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain