suria

Rooney Mungkin Tidak Akan Selalu Beraksi - Van Gaal

Rooney dilabelkan sebagai pemain serba boleh oleh Van Gaal.

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal mengakui tidak akan selalu menggunakan kudrat Wayne Rooney bagi memastikan keseimbangan dalam pasukannya.

Van Gaal mendedahkan dia kini sedang dalam proses menubuhkan pasukan muda demi masa depan United.

Pemain berusia 29 tahun itu dilabelkan sebagai 'pemain serba boleh' oleh Van Gaal dan telah beraksi menguasai posisi pemain tengah sejak bekas jurulatih Belanda itu tiba di Old Trafford pada 16 Julai lalu.

"Ia bergantung kepada keseimbangan dalam pasukan. Saya perlu mengimbangi pasukan dan kini dalam proses ke arah itu.

"Saya harap prestasinya akan lebih baik kerana perlawanan semakin sengit. 

"Saya tidak pasti sama ada akan menggunakan khidmatnya kerana ia bergantung kepada prestasi  seseorang penyerang.

"Dia merupakan seorang pemain yang hebat, jadi saya juga boleh menggunakan khidmatnya di posisi yang lain, lebih-lebih lagi saya suka dengan pemain yang serba boleh.

"Saya mempunyai masa untuk mengenali pemain-pemain dengan lebih dekat. Itu sesuatu yang sangat teruja dan sebab itulah saya menjadi seorang pengurus," jelasnya.

Tambahnya, dia mahu bekerjasama dengan lebih ramai pemain-pemain muda."Ia juga boleh menjadikan kamu 'berjiwa muda' sekaligus lebih mudah untuk menubuhkan pasukan muda," tambahnya.

Artikel Lain