suria

Piala FA Inggeris: Gerrard Sumbat Dua Gol Tewaskan AFC Wimbledon

STEVEN Gerrard menyelamatkan Liverpool apabila menyumbat dua gol ketika aksi pusingan ketiga Piala FA Inggeris menewaskan AFC Wimbledon 2-1 awal pagi Selasa.

Gerrard yang mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab yang disertai sejak zaman remaja selepas kontraknya akan tamat penghujung musim ini membuka jaringan seawal minit ke-12 sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-36 menerusi Adebayo Akinfenwa.

Bagaimanapun berdepan dengan pasukan yang pernah menewaskan Liverpool di pentas akhir pada tahun 1987-88 bukan tugas mudah buat anak buah Brendan Rodger ini.

Wimbledon yang beraksi dalam saingan liga Divisyen Dua tidak mudah menyerah kalah dan cuba untuk mengulangi rekod pertemuan itu di hadapan penonton sendiri.

Bagaimanapun Gerrard memastikan kemenangan menjadi milik The Reds dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-62.

Kemenangan ini sekaligus membawa Liverpool ke pusingan keempat bertemu Bolton.

Sementara itu, Rodgers mengakui aksi Gerrard itu sangat mengagumkan.

"Final Piala FA nanti bersamaan dengan hari lahir Gerrard (30 Mei) dan ia adalah hadiah terakhir untuknya sebelum meninggalkan kelab ini.

"Biarpun masih banyak perlawanan lain sebelum itu, saya dapat rasakan trofi itu adalah yang paling sesuai dengannya," jelasnya.

Gerrard pernah menjulang trofi ini bersama The Reds pada tahun 2001 dan 2006 dan berpeluang merangkul kali ketiga dan terakhir sebelum menyertai Liga Bola Sepak Utama (MSL) musim depan.

Liverpool, Stevern Gerrard

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain