suria

United Terus Unggul, Benam Yeovil 2-0

Herrera menjaringkan gol pembukaan buat Manchester United ketika aksi menentang Yeovil awal pagi Isnin.

LONDON: Beraksi sepanjang 45 minit pertama tanpa jaringan ketika menentang kelab tidak ternama nyata mencemaskan buat Manchester United.

Perlawanan pusingan tiga Piala FA awal pagi Isnin menyaksikan United bertemu kelab kerdil Liga Satu Inggeris, Yeovil Town dengan keputusan akhirnya memihak kepada pasukan yang dikendalikan Louis Van Gaal itu.

Bagaimanapun, Ander Herrera menamatkan kegelisahan pasukan itu apabila menjaringkan gol pada minit ke-66.

Disaksikan kurang 10,000 penonton di laman Yeovil, Huish Park, United tampil tanpa barisan terkuatnya, namun masih mampu menguasai sebahagian besar permainan.

Gol pembukaan terhasil bermula daripada gerakan kapten pasukan, Wayne Rooney nyata memberi semangat untuk pemain terus memburu kemenangan dengan menambah jaringan.

Kemasukan pemain tengah Argentina, Angel Di Maria merealisasikan harapan itu apabila meledak gol kedua United pada minit ke-90.

Walaupun berdepan pasukan mewakili kelab, aksi United mengiakan kata-kata Van Gaal sebelum perlawanan itu bermula.

Menurut jurulatih itu, perlawanan menentang Yeovil pasti sukar dan telahannya ternyata benar.

Manchester United, Yeovil, Piala FA

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA

Artikel Lain