suria

Manchester United Memang Layak Seri - Van Gaal

Van Gaal.
STOKE: Keputusan seri 1-1 menentang Stoke City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam Khamis dianggap adil oleh pengurus Manchester United, Louis van Gaal.

Malah, Van Gaal mengakui Stoke yang terlebih dulu berjaya membolosi gawang United beraksi lebih baik berbanding pasukan bimbingannya dalam perlawanan yang berlangsung di Brittania.

"Kami tidak layak mendapat keputusan lain selain seri.

"Mereka lebih hampir untuk menjaringkan gol kemenangan berbanding kami. Kami patut bermain lebih baik hari ini," katanya. 

Stoke terlebih dulu di depan menerusi jaringan bekas pemain akademi United, Ryan Shawcross seawal minit kedua permainan yang juga gol pertama 2015.


Begitupun, penyerang Colombia, Radamel Falcao berjaya menyelamatkan United daripada kekalahan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-26.

Gol kedua-dua pasukan terhasil dengan cara yang hampir sama dimulakan menerusi sepakan sudut.

Keputusan seri menyaksikan United kehilangan momentum untuk terus menghambat dua pasukan teratas liga, Chelsea dan Manchester City.

Ia keputusan seri kedua berturut-turut United yang diikat Tottenham Hotspurs pada perlawanan sehari selepas Krismas.

Selepas perlawanan menentang Spurs, Van Gaal pantas membidas jadual perlawanan padat Liga Inggeris ketika musim cuti yang dianggap tidak praktikal
Van Gaal, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain