suria

Kejar Impian 2015 Dengan Kemenangan Keatas Stoke - Van Gaal

PEMAIN Manchester United diingatkan supaya tidak berfikir tentang kemenangan yang bakal dicatat oleh Manchester City dan Chelsea, sebaliknya memberi fokus untuk menewaskan Stoke dalam perlawanan pada Khamis.

Pengendali United, Louis van Gaal berkata, pemain tidak perlu risau dan memikirkan mata yang akan dikumpulan City dan Chelsea sebaliknya berfikir untuk menang.

Hal ini kerana Van Gaal tidak mahu pemain membuang tenaga dengan memikirkan sesuatu yang tidak penting serta hilang fokus dalam perlawanan awal tahun.

Perkara sama turut dilakukan oleh pengendali dari Belanda itu ketika membimbing Barcelona.

"Di Sepanyol, Real Madrid sentiasa bermain awal sehari. Bila Real bermain dan kalah dalam perlawana itu, saya akan memberitahu pemain (Barcelona) kita perlu menang.

"Kamu sebenarnya tidak boleh melakukan demikian berpandu keputusan lawan, tetapi harus sentiasa melakukan kerana ia lebih baik.

"Semua pemain perlu melakukannya - bermimpi tentang perlawana terlebih dahulu, supaya anda telah mengambarkan perlawanan itu ketika di atas katil," jelasnya.

United kini hanya ketinggalan 10 mata dibelakang pendahulu Liga Chelsea dan tujuh mata dengan Manchester City.

Stoke, Barcelona, Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain