suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sherwood, Pulis Calon Pilihan Isi Kerusi Panas Di West Brom

Sherwood (kiri) dan Pulis antara calon pilihan utama bagi jawatan pengurus baharu di West Brom.
TIM Sherwood dan Tony Pulis, dua nama yang disebut-sebut bakal mengisi kerusi panas sebagai pengurus pasukan yang baharu di West Brom.

Menurut laporan Press Association Sport, Sherwood dan Pulis merupakan dua calon pilihan utama West Brom untuk meneruskan tugas Alan Irvine yang dipecat pada Selasa.

Kedua-duanya dilihat bersedia untuk mengisi kekosongan itu dengan segera walaupun Pulis turut dikaitkan dengan khabar angin sebagai calon pilihan untuk mengemudi Newcastle United.

Buat masa ini, pembantu ketua jurulatih Rob Kelly mengambil alih tugas di West Brom sebelum pelantikan pengurus dilakukan dalam masa terdekat.

Kelly akan mengemudi West Brom ketika berkunjung ke West Ham pada Khamis.

West Brom kini menduduki tangga ke-16 selepas tewas dalam tujuh daripada sembilan perlawanan.

"Kita perlu membuat persediaan menjelang pertemuan dengan West Ham. Kita beri tumpuan untuk perlawanan itu. Pemain ternyata amat kecewa dengan pemecatan Irvine," katanya.

Kelly turut menafikan dakwaan bahawa beliau akan mengambil alih tugas itu sepenuhnya dengan menyatakan West Brom akan melantik pengurus baharu sebelum pertemuan dengan Gateshead pada aksi Piala FA, Sabtu ini.

Irvine dipecat dalam tempoh enam bulan selepas menggantikan Pepe Mel dan hanya membantu pasukan itu memenangi empat daripada 19 perlawanan.





West Brom, Tim Sherwood, Tony Pulis

Artikel Lain