suria

Van Gaal, Rooney Berang Jadual Padat EPL

PENGENDALI Manchester United, Louis van Gaal dan ketua pasukan itu, Wayne Rooney mengkritik jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris yang padat sejak Hari Natal.

United yang menang ke atas Newcastle hanya mampu berehat selama 48 jam sebelum berdepan Tottenham dan seri 0-0 dalam perlawanan berselang dua hari itu.

Tidak cukup dengan itu, pasukan berkenaan bakal menentang Stoke City pada Khamis dalam keadaan pemain yang dilaporkan belum mendapat rehat secekupnya.

Van Gaal dilapor menjadikan jadual perlawanan sebagai punca prestasi pemain menurun ketika menentang Tottenham.

Berikutan itu jurulatih kelahiran Belanda tersebut menamakan Persatuan Bola Sepak (FA) sebagai pihak yang bertanggungjawab.

"Ini budaya di England. Saya tidak kisah, tetapi ia tidak baik untuk pemain dan permainan itu sendiri.

"Saya fikir, FA dan penyokong juga mahukan perlawanan yang lebih menarik dan bertenaga... bukan jadual yang padat," jelasnya.  

EPL, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain