suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terengganu Uji Pemain Import Baharu

Bikana (kanan) merupakan pemain import yang dikekalkan bersama skuad Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) sudah tidak sabar untuk menguji tiga pemain import yang baharu diperoleh mereka menerusi perlawanan persahabatan yang akan diadakan dengan beberapa pasukan negeri lain.

Setiausaha PBSNT Arpin Draman berkata pemain itu ialah Paulo Rangel dari Brazil, Hassan Chaito (Lubnan) dan Gusavo Lopez (Argentina).

Seorang lagi pemain import Vincent Bikana (Cameron) masih dikekalkan untuk musim depan.

Kesemua pamain tersebut sudah berada di Terengganu untuk menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih Abdul Rahman Ibrahim.

Beliau berkata Terengganu bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pahang selaku juara Piala Malaysia musim lalu pada 27 Dis ini.

Pasukan lain yang dirancang untuk diadakan perlawanan persahabatan ialah Singapura, Angkatan Tentera Malaysia, Negeri Sembilan dan Kelantan, katanya.

Arpin juga berkata Stadium Gong Badak yang dapat menampung lebih 60,000 penonton mungkin digunakan untuk perlawanan Liga Malaysia menjelang April depan.


Terengganu, Import

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain