suria

West Ham Tak Gentar Hadapi Chelsea, Arsenal

Sam Allardyce. Foto AFP

WEST Ham akan bermain dengan dua pasukan besar dalam menutup tirai 2014 apabila bakal berhadapan dengan Chelsea pada 26 Disember dan Arsenal dua hari selepas itu.

Bagaimanapun, pengurus Sam Allardyce mengakui pasukannya tidak gentar dengan ancaman dua pasukan gergasi dalam Liga Perdana Inggeris itu.

West Ham muncul sebagai kuda hitam pada Liga Perdana Inggeris 2014/2015. Pasukan ini tak disangka-sangka berjaya menduduki pada tangga keempat dalam liga.

Namun, mereka akan berhadapan dengan dua pasukan besar berturut-turut iaitu Chelsea dan Arsenal. Bagaimanapun, Sam Allaryce bersiap sedia untuk meraih mata dari kedua-dua pasukan lawan itu.

"Perlawanan menentang Chelsea adalah sangat penting kerana akan menaikkan lagi kepercayaan yang kuat buat pemain West Ham sekiranya mampu melawan pasukan seperti Chelsea," kata Allardyce yang dipetik sebagai berkata dalam London Evening Standard.

"Saya rasa saat ini akan menjadi waktu yang manis buat The Hammers kerana akan berhadapan dengan Chelsea dan Arsenal," katanya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain