suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Falcao Mahu Lakar Sejarah Di Man United Seperti Nistelrooy

RADAMEL FALCAO ingin membina empayar jaringan gol seperti yang dilakukan oleh Ruud van Nistelrooy kepada Manchester United sebelum ini.

Falcao yang mewakili United sejak lebih dua bulan lalu berjaya membantu kelab tersebut mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan berturut-turut apabila menjaringkan gol penyamaan ketika seri 1-1 dengan Aston Villa pada Sabtu.

Jaringan itu merupakan gol kedua Falcao di United selepas berehat panjang akibat kecederaan dan masalah kecergasan.

Pemain berusia 28 tahun itu perlu berusaha mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan United menawarkan kontrak sebagai pemain tetap kepadanya pada akhir musim ini.

Ruud van Nistelrooy

Falcao yang berstatus pemain pinjaman dari Monaco bakal diserap sebagai pemain tetap menerusi yuran bernilai £43.5 juta sekiranya mampu membantu United mengembalikan kegemilangan kelab itu.

Falcao ingin menjadi seperti Nistelrooy yang menjaringkan 150 gol dalam 219 penampilan selama lima tahun di United.

"Saya sentiasa meminati Ruud van Nistelrooy dalam karier ini, apabila berada di United, saya juga ingin melakar sejarah sepertinya," jelas Falcao.

Artikel Sebelum

Terengganu Uji Pemain Import Baharu

Artikel Berikut

Artikel Lain