suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Juara Piala Dunia Kelab 2014

Real Madrid membuktikan keupayaan merangkul empat trofi kejuaraan sepanjang 2014.

MARRAKECH (Maghribi): Juara Piala Dunia Kelab milik Real Madrid selepas menumpaskan San Lorenzo, 2-0 pada Ahad, sekali gus merangkul gelaran keempat untuk tahun ini.

Sebelum ini, Real dinobatkan sebagai pemenang Liga Juara-Juara, Copa del Rey dan Piala Super Eropah.

Kemenangan ke atas kelab Argentina itu melengkapkan kecemerlangan Real musim ini, termasuk pencapaian sebagai pendahulu La Liga dengan satu mata mengatasi musuh ketat, Barcelona dengan kelebihan satu lagi perlawanan.

Kejayaan Real dalam perlawanan itu hasil jaringan pemain pertahanan, Sergio Ramos dan Gareth Bale, masing-masing pada minit ke-37 dan enam minit ketika perlawanan memasuki separuh masa kedua, menewasakan penjaga gol, Torrico.

Bagaimanapun, Real hampir menambah luka San Lorenzo tetapi dua lagi cubaan yang dilakukan Karim Benzema dan Cristiano Ronaldo tersasar dari gawang lawan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain