suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harapan Man United Bergelar Juara Terjejas

Pemain Manchester Uniteds Radamel Falcao (kiri) cuba menyekat kemaraan Jores Okore dari Aston Villa pada saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Villa Park, Birmingham, Sabtu.

BIRMINGHAM: Harapan Manchestar United untuk menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris terjejas apabila hanya sekadar seri ketika menentang Aston Villa.

Situasi ini nyata membimbangkan Louis van Gaal yang sememangnya mengharapkan pasukan kendaliannya dapat menghasilkan kejayaan dalam perlawanan itu.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Van Gaal menjawab: “Kami terlepas dua mata lagi dan ia mengecewakan apabila gagal memanfaatkan peluang untuk mencatat kemenangan."

Lebih perit lagi, keputusan 1-1 itu diperoleh ketika Villa beraksi hanya dengan 10 pemain.

Sekurang-kurangnya gol pertama Radamel Falcao menafikan gol awal Christian Benteke untuk Villa walaupun keputusan itu menghancurkan rekod kemenangan berturut-turut pasukan itu.

Kini United ketinggalan tujuh mata berbanding pesaing utama, Manchester City.


Man United, seri, Aston Villa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain