suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skrtel Selamatkan Satu Mata Liverpool

Skrtel menyelamatkan Liverpool daripada diaibkan Arsenal di gelanggang sendiri.
JARINGAN Martin Skrtel menyelamatkan Liverpool daripada diaibkan di gelanggang sendiri apabila menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat kedudukan 2-2 dengan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, awal pagi Isnin.

Liverpool menguasai babak pertama permainan menerusi gol yang disumbangkan oleh Philippe Countinho pada minit ke-45.

Namun, Mathieu Debuchy berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-47.

Oliver Giroud kemudiannya meletakkan Arsenal didepan apabila merembat masuk hantaran Santi Cazorla pada minit ke-64.

Malang bagi pasukan tuan rumah apabila Fabio Borini diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua kerana mengasari Cazorla.

Bagaimanapun, Skrtel menyelamatkan Liverpool daripada terus dirundung kekalahan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-97.

Keputusan seri itu menyaksikan Arsenal mengatasi Tottenham Hotspur dengan menduduki tangga keenam manakala Liverpool di tempat ke-10.

Barisan pemain:

Liverpool: Jones, Toure, Skrtel, Sakho, Lucas, Henderson, Markovic, Coutinho, Gerrard, Lallana, Sterling. Pemain gantian: Mignolet, Enrique, Lambert, Moreno, Manquillo, Can, Borini.

Arsenal: Szczesny, Debuchy, Mertesacker, Chambers, Gibbs, Flamini, Oxlade-Chamberlain, Cazorla, Alexis, Giroud, Welbeck. Pemain gantian: Martinez, Monreal, Coquelin, Maitland-Niles, Campbell, Walcott, Podolski.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain