suria

McCoist Tinggalkan Rangers

ALLY McCoist akhirnya meninggalkan Rangers selepas kelab itu menawarkan surat perletakan jawatan kepadanya minggu lalu.

Tempoh McCoist bersama kelab masih lagi berbaki sembilan hari namun dia sudah membuat keputusan meninggalkan kelab itu lebih awal.

Pada perlawanan Sabtu lalu, Rangers menewaskan Livington 2-0 dan berada di tangga kedua Divisyen Satu.

Pembantu kelab, Kenny McDowall bakal menguruskan pasukan buat sementara waktu sehingga tamat musim ini.

Sementara itu, Billy Davis menjadi perhatian untuk mengambil alih posisi bersama seorang lagi calon terdekat Stuart McCall.

McCoist yang berusia 52 tahun mula membimbing Rangers pada tahun 2011, namun pihak pengurusan terpaksa menamatkan kontraknya lebih awal kerana tidak  berpuas hati dengan pencapaiannya.

Sejak mengambil alih tugas Walter Smith pada penghujung 2010, McCoist gagal memberi  sebarang trofi kepada kelab itu.

Menurut kenyataan kelab:"Rangers mengumumkan Ally McCoist telah melepaskan jawatannya sebagai pengurus.

"Kami berterima kasih kepada Ally yang telah mempamerkan dedikasi baik beberapa tahun sebelum ini, namun kami terpaksa pandang ke depan. Pembantu jurulatih, Kenny McDowall akan mengambil tugasnya sehingga tamat musim ini".

Ally McCoist, Rangers, Divisyen Satu

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain