suria

Van Gaal Anggap Carrick 'Kapten Kedua' United

Prestasi Carrick yang mampu bermain di pelbagai posisi memuaskan hati Van Gaal.

LONDON: Pentingnya kehadiran Michael Carrick dalam barisan kesebelasan Manchester United digambarkan Louis van Gaal pada Jumaat apabila dia mengulangi perkataan 'kapten saya' apabila ditanya mengenai prestasi pemain tengah itu.

"Dia adalah kapten saya, jadi kehadirannya beri makna yang besar, begitu juga ketenangan.

"Saya boleh letakkan dia di posisi berbeza dan saya suka cara begitu kerana dia kapten saya dan dapat melaksanakan apa yang diarahkan ketika dipadang," kata pengendali pasukan itu sebelum menerusi perjalanan ke Aston Villa.

Kata Van Gaal lagi, walaupun secara rasmi Wayne Rooney adalah ketua pasukan itu dan Darren Fletcher adalah pembantunya, tetapi baginya Carrick juga berpotensi menjadi kapten pasukan itu.

"Saya ada tiga kapten dan ia ada turutan tersendiri, Rooney yang pertama, Carrick kedua dan ketiga Fletcher. Mereka penting bagi saya dan memberi sumbangan yang besar untuk pasukan," katanya.

Sementara itu, Van Gaal juga dikatakan belum memutuskan masa depan Radamel Falcao sehinggalah penyerang Colombia itu benar-benar pulih daripada kecederaan.

Falcao yang dipinjamkan sepanjang musim ini daripada Monaco, sebelum ini berkata beliau gembira berada di Old Trafford dan bercadang untuk terus kekal di Manchester.

Namun Falcao yang mula beraksi pada 5 Oktober hanya menyumbat satu gol ketika United menentang Everton.

Namun, Van Gaal dikatakan tidak mahu terlalu awal dalam membuat keputusan sama ada untuk menandatangani Falcao dengan rundingan bayaran 43.5 juta pound (AS$67.9 juta).



Carrick, Louis Van Gaal, Aston Villa

Artikel Sebelum

Artikel Lain