suria

Piala AFF Suzuki: Dollah Janji Kejutan Di Bukit Jalil

PETALING JAYA:  Ketua jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh berjanji memberi satu kejutan pada aksi akhir kedua Piala AFF Suzuki bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Biarpun tewas 2-0 pada aksi pertama di Bangkok, Rabu lalu jurulatih berusia 51 tahun itu kelihatan tenang, namun hakikatnya jauh di sudut hati tiada siapa yang tahu.

Tanpa mengulas lebih lanjut mengenai ‘kejutan’ yang akan berlaku nanti, Dollah  mengakui bertemu juara tiga kali kejohanan ini bukanlah mudah.

“Kami akan mempamerkan aksi 200 peratus, dan sudah tentu akan menghalang anak buah Zico (Kiatisuk Senamuang). Semua pemain perlu memberi tenaga ‘extra’ pada perlawanan nanti.

“Kami perlu mengambil peluang ini dan memberi 'sesuatu’ kepada penyokong-penyokong setia Malaysia,” katanya pada sidang media bersama pengurus pada Jumaat.

Dalam pada itu, Dollah mendedahkan  bakal menyediakan resepi baharu dalam barisan pemain yang akan beraksi nanti selepas skuadnya memberi aksi hambar di Bangkok sebelum ini.

“Salah seorang pemain Indra Putra Mahayuddin mungkin tidak akan beraksi kerana kecederaan (di bahagian kaki), namun kita akan tengok dulu.

“Dari segi taktikal pula, sudah tentu saya akan memberi perhatian di benteng pertahanan. Saya berharap tidak ada lagi kesilapan yang dilakukan. 

“Pun begitu, saya tidak menyalahkan pemain kerana dalam dunia bola sepak semuanya boleh berlalu,” tambahnya.

Pada aksi final pertama Rabu lalu, pemain-pemain Harimau Malaya gagal mengekang kepantasan skuad Gajah Perang yang bertubi-tubi menyerang gawang Malaysia sekaligus menyaksikan mereka tewas tanpa jaringan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain