suria

Tenis: Serena, Djokovic Terima Anugerah Tertinggi ITF

Serena Williams dan Novak Djokovic.
PARIS: Novak Djokovic dan Serena Williams dinamakan selaku Juara Dunia lelaki dan wanita 2014, oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF).

Ini adalah kali keempat Djokovic mendapat anugerah tertinggi selepas dia memenangi kejuaraan Wimbledon, ATP World Tour finals dan menyudahkan ranking dunia selaku pemain nombor satu dunia.

Pemain berusia 27 tahun dari Serbia itu adalah lelaki keempat dinamakan Juara Dunia ITFA empat kali atau lebih bersama Ivan Lendl, Pete Sampras dan Roger Federer.

Serena memenangi Terbuka AS - gelaran Grand Slam ke-18 dalam kerjayanya serta Kejuaraan Jelajah ATP dan juga pemain nombor satu dunia oleh WTA.

Pada usia 33 tahun dia adalah pemain tertua dinamakan Juara Dunia Perseorangan ITF.

Pemenang itu akan menerima anugerah mereka di Majlis Makan Malam Juara Dunia ITF 2015 pada 2 Jun depan di Paris semasa kejohanan Roland Garros.

Artikel Sebelum

Di Maria Pemain Terbaik Argentina

Artikel Berikut

Artikel Lain