suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenyataan Rasis: Balotelli Digantung Satu Perlawanan

Mario Balotelli.
LONDON:  Penyerang sensasi pasukan Liverpool, Mario Balotelli digantung satu perlawanan dan dikenakan denda sebanyak 25,000 pounds ($39,000) kerana didakwa memuat naik status berunsur perkauman oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris.  

Balotelli turut diperintahkan mengikuti kursus pendidikan atas kesalahan tersebut. 

Dia mengaku bersalah terhadap tuduhan di bawah Peraturan E3, Persatuan Bola Sepak England selepas memuat naik imej komputer Super Mario di Instagram dengan ayat berbunyi "Melompat seperti lelaki kulit hitam dan berebut duit syiling seperti Yahudi.

Pemain antarabangsa Itali itu bagaimanapun tidak meminta perbicaraan namun mengemukakan rayuan mengurangkan hukuman secara bertulis kepada panel disiplin.

Dengan hukuman itu, Balotelli akan terlepas beraksi untuk Liverpool menentang Arsenal di Anfield, Ahad ini.

Penyerang kontroversi itu telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di khalayak. 

Balotelli memuat naik gambar tersebut pada Isnin bersama dengan kapsyen, 'Jangan Jadi Rasis'.


Mario Balotelli, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Serie A Itali

Artikel Lain